Ok..today's posting will be in Bahasa Melayu.Why?Because why not?Hah!Nope..Just this morning after I'm listening to Fly Fm commercial singing...Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita...So,I'm honored to use BM today...Let's begin!
Dah setahun aku melangkah ke alam kewartawanan dan bergelumang dengan media cetak.Banyak pengajaran,pembelajaran yang didapati setiap hari.Malah, setiap saat sememangnya menyeronokkan terutamanya apabila kita benar - benar minat dengan tugasan atau kerja tersebut.
Nak dijadikan cerita, aku suka menemani partner in crime,teman serumah,sekerja,sebilik buat assignment ketika waktu lapang.Pada suatu hari, beliau ingin ke pangkalan Weld aka jeti untuk meninjau keadaan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PPSB.
Kami menapak la ke atas jeti sambil bernafas sedalam-dalamnya.Dahlah usung laptop, terpaksa pula berjalan laju untuk mengelakkan diri dari diasak oleh manusia manusia yang telah habis bekerja pada jam 5 petang.
Sesampainya di sana,fenomena yang boleh dilihat sememangnya kelakar.Penunggu feri tak ubah seperti lembu,kambing yang menunggu pintu kandang dibuka.Semuanya berpusu-pusu untuk menaiki feri apabila lampu hijau dinyalakan.
Disebabkan feri dah bertolah, maka keadaan ruang menunggu agak lengang.Bukan itu saja, bau busuk,sampah bertaburan dan kerusi plastik yang menyakitkan punggung juga rosak akibat vandalisme.
BFF aku mula mencari mangsa untuk ditemuramah.Kelihatan dua tiga orang yang mula mengelak - ngelak tatkala aku mula mengeluarkan kamera.Apa yang aku tak faham ialah kalau off the record,ramai nak bercerita, tapi kalau nak mintak komen,published muka dalam papaer punyalah susah.
Inilah masalah wartawan Malaysia hadapi setiap hari iaitu cakap belakang bijak sangat,cakap depan..hampeh!
Ada la seorang pak cik yang ala2 haji tengah duduk termenung dan seorang lagi lelaki awal 20an memakai sliper,seluar panjang dan kelihatan agak lost.
BFF mula menghampiri si mamt muda ini dengan harapan dapatlah kiranya dia memberikan sedikit komen mengenai fenomena yang sedang dialami iaitu berdiri di tempat menunggu feri yang kotor,busuk dsbnya.Lebih kurang dialog antara BFF aku dan budak muda ini..
BFF:Adik,akak nak tanya sikit boleh x?(sambil senyum kambing)
ADIK:Erk,nak tanya apa kak(pandang kiri dan kanan)
BFF:Apa pendapat adik mengenai ruang menunggu feri ni.Apa yang adik nampak?Boleh komen sikit?
ADIK:Erk...aaaa..(bahasa baru?)
BFF:Cuba adik tengok sekeliling?Apa perasaan adik?kotor ke,busuk ke?
ADIK:Kotor jugak laa..hmmm(masih memandang kiri dan kanan dan menggaru-garu kepala)
BFF:Adik tengok keadaan dulu dan sekarang banyak beza tak?
ADIK:Aaaa,dulu saya tak tengok pun ruang menunggu ni.Saya dah lama duduk dalam penjara.Hari ni baru saya keluar kak!(muka selamba).
BFF dan AKU:Aaaaa(serentak tapi masih cover cun!)
ADIK:Takpela kak..feri dah sampai...Saya nak balik jumpa famili nih!(berlalu pergi)
BFF dan AKU:Speechless for priceless experince!Adik tersebut rupanya bekas banduan..Hmm
Walau bagaimanapun,itu adalah sebahagian rentetan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang bergelar wartawan..Nanti kita sambung lagi ye..I'll try to rotate my BM and English usage!Tq
